Saturday, April 30, 2016

Takaful Membazir Sebab Tak Pernah Guna?

Pernah tak tengok iklan begini di kedai?

-----------------------
Harga payung:

Kalau hujan di luar: RM30
Kalau tidak hujan: RM15
-----------------------

Kenapa harga berbeza ikut hujan atau tak?

Kenapa orang beli payung, walhal semasa beli tu, cuaca cerah dan tiada tanda nak hujan?

Semua org tahu jawapannya kan.. Beli payung sebab nak bersedia kalau2 hujan nanti.

Manfaat payung cuma dinikmati sepenuhnya jikalau hujan turun.

Tapi ada kenal x orang yang menyesal beli payung sebab hujan tak turun2?

Tak ada kan?

Sebab mereka tahu, kalau pada satu hari nanti hujan turun lebat DAN mereka tiada payung, mereka akan lencun dan jatuh demam.

---------------------

Ada orang kata takaful 'membazir' sebab bayar tak guna pun.

Cuba kaitkan dengan cerita payung dan hujan tak turun tadi.

Bezanya takaful dengan payung ialah anda x layak lagi nak 'beli' takaful kalau anda dah sakit..

Friday, April 29, 2016

Skim Pelaburan Terhebat



Orang kita suka melabur. Bila ada skim 'pelaburan' yang menawarkan PULANGAN BESAR dalam TEMPOH PENDEK, terus dilaburkan beribu-ribu RM.

Dalam masa beberapa bulan, lebur semuanya sebab skim tersebut lingkup. Owner yang dah kaya cabut lari. Terpinga2 si pelabur.

Aneh. Orang ramai suka melabur ke tempat2 sebegitu walhal return yang dijanjikan memang tak masuk akal.

Tapi tak ramai yang nampak pelaburan dalam Takaful. Pelaburan atas kesihatan.

Pelaburan yang akan membantu anda jika anda sakit, memberi pampasan wang jika sakit kuat sehingga diberhentikan kerja, dan memberi sinar harapan buat si ibu dan anak2 yang kehilangan bapanya.

Tapi jika anda berminat juga dengan pelaburan return berbentuk wang ringgit, ambillah plan Takaful AIA yang berkait dengan pelaburan.

Perlindungan kesihatan + pelaburan wang :)