Sunday, May 1, 2016

Ramainya Penghidap Diabetes..

"Drp 5-6 org rakyat msia, salah seorang mempunyai penyakit diabetes"

"Jangan lambat pergi periksa. Sekiranya dikesan pada peringkat awal ia masih boleh diubati dan ada sebilangan kes boleh pulih sepenuhnya tanpa perlu makan ubat"

Hari Kesihatan Sedunia disambut pada 7 April setiap tahun sempena ulang tahun kewujudan Pertubuhan Kesihatan Sedunia sejak tahun 1948. Diabetes telah menjadi tema sambutan tahun ini dengan slogan Tumpaskan Diabetes: Tingkatkan Pencegahan, Kukuhkan Rawatan dan Mantapkan Saringan.

DIABETES merupakan penyakit tidak berjangkit yang turut mengancam nyawa golongan muda berusia 18 tahun dan ke atas. Statistik yang dikeluarkan melalui kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2015 menunjukkan 17.5 peratus rakyat di negara ini yang berusia 18 tahun dan ke atas menghidap penyakit diabetes. Angka tersebut amat membimbangkan apatah lagi separuh daripada statistik tersebut menunjukkan bahawa penghidapnya tidak mengetahui mereka menghidap penyakit tersebut.

Diabetes jenis 2 pada asalnya merupakan penyakit ‘eksklusif’ orang dewasa khususnya mereka yang berusia 40 tahun ke atas. Bagaimanapun setelah semakin ramai kanak-kanak yang mengalami berat badan berlebihan, ditambah dengan tidak aktif bergerak, diagnosis diabetes jenis 2 dalam kalangan golongan ini semakin meningkat.

Sebahagian peningkatannya juga dipercayai daripada pemakanan, makanan diproses tinggi lemak dan berserat rendah dan tidak ketinggalan amalan gaya hidup yang tidak sihat. Remaja yang menghidap penyakit ini akan berdepan dengan keadaan tersebut seumur hidup mereka, bagaimanapun sekiranya dapat dikesan pada peringkat awal ia masih boleh dirawati dan ada sesetengah kes pesakit akan bebas sepenuhnya daripada penyakit ini.

See more at: http://m.utusan.com.my/gaya-hidup/kesihatan/beban-penyakit-diabetes-1.208881#sthash.KC7jeR8b.oymIgE5Z.dpuf

No comments:

Post a Comment