Pernah tak tengok iklan begini di kedai?
-----------------------
Harga payung:
Kalau hujan di luar: RM30
Kalau tidak hujan: RM15
-----------------------
Kenapa harga berbeza ikut hujan atau tak?
Kenapa orang beli payung, walhal semasa beli tu, cuaca cerah dan tiada tanda nak hujan?
Semua org tahu jawapannya kan.. Beli payung sebab nak bersedia kalau2 hujan nanti.
Manfaat payung cuma dinikmati sepenuhnya jikalau hujan turun.
Tapi ada kenal x orang yang menyesal beli payung sebab hujan tak turun2?
Tak ada kan?
Sebab mereka tahu, kalau pada satu hari nanti hujan turun lebat DAN mereka tiada payung, mereka akan lencun dan jatuh demam.
---------------------
Ada orang kata takaful 'membazir' sebab bayar tak guna pun.
Cuba kaitkan dengan cerita payung dan hujan tak turun tadi.
Bezanya takaful dengan payung ialah anda x layak lagi nak 'beli' takaful kalau anda dah sakit..
No comments:
Post a Comment